Monday, August 9, 2010

stOrY aBoUt..

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang.





Pelajar : "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu boleh berkekalan?".





Cikgu : "Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang 'PALING' cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali pun. Kemudian petik rumput yang 'PALING' cantik, bawa rumput itu ke dalam kelas".





Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, "Kenapa tiada rumput yang kamu pilih?".





Pelajar : "Tadi sewaktu saya berjalan, saya mencari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, jadi saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa satu pun yg paling cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiada rumput yang saya boleh petik".





Cikgu : "Ya! Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap akan berlaku. Semoga yang berlalu itu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Kalau nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...









With Love,
AbAnG..
 
;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...