Wednesday, July 6, 2011

tumit kaki merekah?? MySpace.

Adakah anda m'hadapi mslh tumit kaki merekah? Antara faktor tumit kaki anda merekah adalah..



a) Kulit kaki yang kering

b) Berdiri terlalu lama

c) Kasut yang tidak sesuai (Yang terbuka di belakang)

d) Memakai sandal

e) Menghidapi Penyakit Kulit



* Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah.

Antaranya ialah:

  • Merendamkan kaki dalam air suam selama 10 – 15 minit. Selepas itu , gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan.Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci.

  • Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.

  • Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.

  • Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.

  • Boleh juga menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya menanpakkan hasilnya.

  • Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...